Friday, January 8, 2010

TAHUN 2010

Sedar tak sedar usia kita selangkah kehadapan lagi...
Makin usia ini meningkat adakah kita makin dekat dengan Ilahi...
Wallahuallam......

Tirai 2009 dilabuhkan dengan seribu kenangan
dan tirai 2010 dibuka seluasnya dengan pelbagai isu panas..
Isu Perkauman sudah mula berputik
Soal agama mula diperkotak katikkan
Isu yang menyentuh soal keagamaan
Sensitiviti umat islam tercabar lagi
Maruah agama islam tercalar lagi
Adakah nama Allah untuk dipersendakan
Adakah hak penggunaannya perlu dipertikaikan
Apakah sebenarnya golongan katolik kristian ini mahukan
Mengapa perkara seperti ini perlu terjadi
Dimana hak umat islam di Malaysia
Adakah soal agama islam patut diadili oleh Mahkamah Sivil
Bukankah sepatutnya hak ini diberikan kepada Mahkamah Syariah
Yang pasti lebih berpengetahuan..,
Persoalannya...mengapa nama Allah dipersendakan sehingga perlu di bawa kemahkamah
Bukankah Hak ini sudah jelas......
Kalimah Syahadah itu juga jelas...., mengandungi nama Allah....
Yang pastinya hak syahadah itu hanya untuk umat islam
Apa perlunya katolik kristian mahu mengunakan nama Allah

Dimana peranan pemimpin kita yang sememangnya bertunjangkan agama islam
Bangkit dan buktikan kewujudan anda sememangnya untuk menegakkan islam
Jangan biarkan maruah agama kita di permainkan
Bertindak dan jangan biarkan api kemarahan umat islam di negara ini kian marak
Jangan biarkan maruah agama kita terus - terusan dicalar...

Moga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin
dan Moga hak umat islam terus dipertahankan...


Tuesday, December 15, 2009

Kemuliaan Muharram

Lama sungguh rasanya aku tak entry kat blog nie...rasanya klu leh nampak sawang dah bersawang dah blog aku nie.....kali nie cuma aku nak berkongsi sedikit kelebihan bulan Muharram...di harapkan apa yang aku entry kali nie bermanfaat buat kita sebagai umat islam sempena kedatangan 1 Muharram 1431 Hijrah.......

MUHARAM....

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Wednesday, December 2, 2009

Sesekali Diduga...

Orang kata klu kita di duga itu petanda Allah s.w.t sayangkan kita...
hanya org2 yang disayanginya diduga kesabarannya untuk membuktikan keimanan...

Ntahla dugaan yang aku lalui ini sebagai petanda allah sygkan aku
tapi aku terus cuba bersabar utk menguatkan semangat bagi terus menempuh idup....
Terlalu berat ya Allah dugaan yang kau turunkan buatku Ya Allah...tapi aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya........,dan aku sebagai hampamu harus terus tabah untuk menghadapinya dan moga aku dapat melupakan semua peristiwa yang berlaku. Apa yang berlaku biarla berlalu sebagai lipatan sejarah hidupku.....


Monday, October 5, 2009

Salam Aidilfitri





Buat semua rakan-rakan rasanya masih tak terlewat untuk aku ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sedar tak sedar ari ni dah 17 Syawal 1430H, memang kebelakangan nie sibuk kit, jadi x sempat nak entry lagi, hari nie baru berkesempatan, Just nak kongsi gambar pada 1 Syawal 1430H yang lalu..., Beraya di Perak tahun nie umah my mum, memang meriah sebab semua adik beradik aku yang seramai 8 orang tu ada kecuali kakak yang sulung, Kak Yong dia beraya di umah mertuanya..,Best sangat bila berkumpul macam nie......, sesungguhnya siapala kita tanpa keluarga di sisi.......

Wednesday, August 19, 2009

TO ALL MUSLIM







Thursday, August 13, 2009

AQIL DAN PAZZLENYA

NIE HOBI BARU AQIL BELAJAR ATAU MENYEPAH?, PIKIRLA SENDIRI.......DIA PANGGIL PAZZLE ABC NIE "M" , KALAU DIA NAK MAIN PAZZLE NIE DIA AKAN CAKAP 'MA NAK WAT "M" '. KELAKARKAN ANAK MAMA NIE, BANYAK-BANYAK HURUF "ABC" NIE "M" YANG DIA BULEH SEBUT...., APA PUN DIA DAH MULA BELAJAR2 NAK SEBUT HURUF-HURUF YANG LAIN. TERUSKAN USAHA ANAK MAMA....

PAZZLE ABC YANG TERBARAI

TENGAH BERUSAHA CANTUMKAN PAZZLE YANG DIA SENDIRI MUSNAHKAN












Monday, August 10, 2009

CAR CRAZY


Inilah koleksi kereta mini Aqil, Seawal usia 8 bulan dia dah mula tunjuk minat kat keta kecik2 nie....,Seawal umur itu jugala aku belikan dia Hotwheel yang pertama.Lepas tu aku tak ingat dah bila masa yang aku n husband beli sampai dia boleh buat koleksi dah...Buat masa nie koleksi dia dah lebih 20 biji..., selain dalam gambar nie ada lagi 4-5 biji aku x jumpa dalam kotak dia...emmm adala tu dia sorok tang mana2.

Aqil memang cukup minat kat keta....,aku n husband pun x kisah kami suka tgk dia men keta mini tu. Macam-macam bunyi kalau dia men,siap buat drift lagi....sorang2 dia pun jadi keja. Tapi satu yang aku tak tahan, dia suka sepah2 kan keta dia, letak ikut suka dia, kekadang kat dapur, dia susun kat rak tvla, yang pasti mandi mesti nak kena bawa. "ma wak car andi, acuh". Itula ayat dia setiap kali aku ajak mandi,ma bawa keta mandi, basuh katanya. Akupun layankan ajer dari dia tak mau mandi itu lebih baik...

Kalau kami keluar kemana-mana dia akan ambik keta dia 2 biji buat bekal men dalam keta. Kelakar tengok telatah dia....balik jer umah...keta diala yang dia cari. Aku pernah cakap ngan aqil, aqil kena belajor pandai-pandai nanti bila besar, dapat kerja baguih2 boleh beli keta banyak2, aqil kan minat keta....dia gelak jer....Ummmh ntah kan faham ker tidak...he he he.

Apapun kerenah anak-anak kecil kita, itula sebenarnya yang mengajar kita untuk menjadi Ibu Bapa yang terbaik. Gelak tawanya jadi pengubat jiwa, penenang hati.